Friday, November 12, 2010

Al Kisah Buang Air Besar.

Assalamualaikum...

Salam petang Jumaat. Apa nak cerita? Ok la, aku akan cerita apa yang aku nak cerita berkenaan gambar handphone aku yang terdampar tu. Begini kisahnya. Ah! malulah. Ok2, aku cerita. Aku ni mempunyai masalah untuk berak. Bukan buasir ke apa ke ye. Masalah aku ni hanyalah berkaitan berak di tandas duduk. Agak kotor entry kali ni bercerita pasal berak. Takpe-takpe, aku takkan terlalu advance bercerita pasal berak ni.




contoh tandas cangkung dan tandas duduk


Kenapa dengan masalah tu? Macam ni, aku ni tak suka berak di tandas duduk. Ada dua faktor, pertama, aku tak selesa dan keduanya aku tak rasa puas berak di tandas duduk. Sejak kecil aku hanya guna tandas cangkung, agak sukar nak biasakan diri dengan tandas duduk. Bukan aku tak pernah langsung guna tandas duduk, pernah je. Akan guna bila time emergency, sakit perut ceri beri la contohnya. Dan kadang-kadang kalau dah malas nak pergi cari tandas cangkung. Tapi aku akan bercangkung atas tandas duduk tu. INGAT! Ianya bahaya. Dah ada kawan aku yang kena, mangkuk tandas tu pecah dan betis dia terkena bucu yang pecah, kena 7 jahitan kalau tak silap. Kalau nak yang lebih teruk, tengok gambar ni.

Wahhhh..!! ngeri siott....!!


Dah! Jangan cerita lebih-lebih, kang aku melalut cerita tentang hasil karya agung nya pula. Lagi kotor..!! Ceritanya macam ni, tengah hari tu selepas makan tengah hari, bila sampai rumah perut terasa nak berak. Aku naik atas tukar seluar trek dan keluar ke destinasi. Untuk pengetahuan, aku akan keluar ke 2 tempat ni untuk berak, stesen minyak Petronas @ Shell di Sec.7. Kalau CCTV dieorang tu, mesti banyak kali ada muka aku. Yela, tiap kali nak berak aku akan ke Petronas, dan kalau macam ramai orang, aku akan ke Shell. Ini kerana dua tempat ni menyediakan tandas cangkung yang bersih.

Sampai je aku di Petronas, aku ke tandas, dan ianya ada orang. Aku malas tunggu terus je ke Shell. Di sana pun ada orang, takkan aku nak patah balik. Aku tunggu jela, nasib baik sekejap je. Aku pun terus melepaskan hajat aku. Fuhhh...~ Lega je rasa. Lepas tu aku ke motosikal dan terus ke pam minyak. Dah alang-alang kat situ, isi terus jela minyak motor. Bila nak keluarkan dompet, terasa macam seluar ringan je. Cepat-cepat raba poket belah kiri. TIDAKKKK..!! hanphone aku mana??!!! Cepat-cepat aku ke tandas semula mencari-cari mana fon aku tu. Lubang tandas pun aku jenguk. TIADA..!!

Gelabah gila aku. Cuak yang teramat-amat la. Sangat penting kot fon tu bagi aku. Tak dapat bayang kalau hilang macam mana. Aku pun terus masuk ke dalam Shell memaklumkan aku ada tercicir fon. Kalau ada terjumpa tolong hubungi nombor Celcom aku. Aku pun cepat-cepat balik menyelusuri jalan yang aku guna tadi. Slow je aku bawa motor sambil mata melilau mencari kelibat fon aku tu. Sampai la di perkarangan rumah dan.........................





Tu diaaaaa.....rupanya tercicir time nak gerak keluar dari rumah. Fuhhh..~ Lega gila rasa. Pengajaran buat aku agar lebih hati-hati pasni. Walaupun dah macam-macam insiden yang berlaku dalam tempoh aku melepaskan hajat di tempat yang aku sebutkan tadi, aku masih lagi ke sana melepaskan hajat bila terasa nak berak. Ok, itu saja.



* Tak berasa suka perubahan blog aku ni. Ubah lagi nanti.

6 comments:

Anonymous said...

okey...funny...

Jari Berbicara said...

kelakar..??
tapi ini satu kesukaran buat saya....huhu

Anonymous said...

oooo....okey...faham...sorry....

Cikbelog said...

ohh.nasib baik henpon tu tak jatuh lam lubang tandas..adik cikbelog penah jatuh enpon lam lubang tandas..tandas cangkung tu lah..memang tepaksa beli lain la..hehe

dyra-ra said...

Haha. Sumpah lawaks. and disgusting skit at beginning. Pastu ada pic scaryy yeww. yg peha tu. Auohhh. Sakits kepala tengok.

AkuMuzikFilem said...

yg gambar gory ni mbe kau ke?